Home > Blog > Uncategorized > Kereta Sewa Sabah : Jgn Kena Tipu

Kereta Sewa Sabah : Jgn Kena Tipu

 BERHATI-HATI DENGAN AKTIVITI ‘WEB PHISHING’.

FAQ MENGENAI PHISHING:

1. Apakah itu Phishing (disebut dengan sebutan ‘fishing’)?

a) Merupakan aktiviti memancing (pencurian dan penipuan) data peribadi dan maklumat sensitif pelanggan melalui laman web palsu yang menyerupai laman web asal.

2.  Apakah kaedah yang sering digunakan dalam memerangkap mangsa?

a) Anda akan menerima emel/SMS yang mendakwa daripada pihak bank berkaitan keperluan mengemaskini maklumat akaun, mengaktifkan akaun yang telah tamat, dan sebagainya.

b) Anda akan diminta melaksanakan segala pengemaskinian tersebut melalui pautan (link/URL) yang diberikan didalam emel /SMS tersebut.

c) Paparan laman perbankan internet bank yang terlibat akan dipaparkan bagi membolehkan mangsa mendaftar masuk.d) AWAS! Laman web tersebut akan kelihatan sama sepertimana laman asli perbankan internet yang sebenar!

3) Apakah yang perlu anda lakukan?

a)  JANGAN SESEKALIklik sebarang pautan/link/URL yang diberikan melalui emel/SMS yang diberikan. Padamkan (delete) emel/SMS tersebut. b)AWAS! Pihak bank sama sekali tidak akan meminta anda melaksanakan sebarang pengemaskinian akaun dan sebarang urusan perbankan melalui pautan/link/URL dalam emel/SMS. Sebarang urusan perbankan yang berkaitan hanya akan dilaksanakan di kaunter cawangan sahaja. 

c) Segera laporkan kepada pihak bank sekiranya anda menerima sebarang emel yang mencurigakan.

4) Bagaimana kaedah mengenalpasti sesuatu laman web perbankan internet itu adalah asli atau palsu (Phishing)?

a) Ruangan URL (Contohnya :https://www.xxx.com/xxxxx/xxxx) akan memaparkan alamat penuh laman web phishing yang terlibat dan bukannya laman web perbankan internet, walaupun visual yang dipaparkan menunjukkan paparan yang sama dengan perbankan internet yang asli. Contoh laman web dan emel phishing adalah sebagaimana lampiran. 

b) Laman internet palsu (Phishing) gagal memaparkan frasa dan gambar keselamatan yang ditetapkan oleh anda sewaktu proses daftar masuk (login). Jangan teruskan proses  daftar masuk sekiranya frasa keselamatan pilihan anda gagal dipaparkan walau atas apa sebab sekalipun.INGAT, KESELAMATAN AKAUN BANK ANDA ADALAH TERLETAK DI TANGAN ANDA!

Harap maklum.

Please follow and like us:

Hits: 17

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RSS200
Follow by Email500
Facebook35k
Facebook
Google+18k
Google+
https://grandriches.net/2018/12/22/kereta-sewa-sabah-jgn-kena-tipu">