Home > Blog > Uncategorized > Kereta Sewa Sabah : 5 Proses Rumit Perlu Dilalui Pemilik Bisnes Untuk Gapai Kemajuan.

Kereta Sewa Sabah : 5 Proses Rumit Perlu Dilalui Pemilik Bisnes Untuk Gapai Kemajuan.

Bagi memastikan bisnes ada kemajuan banyak proses yang perlu ditanggung oleh pemilik bisnes. Tanpa halangan dan cabaran bisnes juga tidak akan menarik. Apabila adanya proses yang rumit perlu dihadapi ia bukan bermaksud anda perlu menyerah kalah. Bahkan jadikan ia menguatkan lagi semangat untuk mencari solusi terbaik bagi kemajuan bisnes.

Anda kena ingat ya, dengan proses-proses demikianlah bisnes akan terbang lebih tinggi.

#1 Bina S.O.P

S.O.P atau Standard Operation System bukan satu proses yang mudah untuk dilakukan. Tetapi percayalah S.O.P yang siap dibina akan memudahkan pengurusan bisnes. Buat S.O.P hanya sekali untungnya boleh digunakan berkali-kali.

S.O.P berperanan untuk menyediakan satu format seragam untuk aktiviti yang dijalankan di dalam syarikat. Keseragaman ini memastikan tidak timbul masalah di dalam pengurusan. Masa yang banyak terbazir utuk membetulkan isu rumit boleh digunakan untuk sesuatu yang lebih bernilai untuk syarikat.

Sebagai contoh, dengan adanya S.O.P ia telah menjimatkan masa untuk melatih pekerja. Pekerja dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk melakukan tugas dengan lebih produktif misalnya dalam produksi produk. Ini memastikan stok produk berada dalam keadaan sedia.

Proses membina S.O.P tidak harus dikesampingkan jika pemilik bisnes mahu bisnes berkembang kerana S.O.P adalah salah satu kunci kepada mendapatkan kemajuan di dalam bisnes. Dengan adanya S.O.P bisnes anda ada satu kiblat yang harus dipatuhi semua di dalam organisasi.

#2 Membentuk Pasukan

Zaman sekarang bukan zaman buat bisnes buat semua seorang diri. Pemilik bisnes kaut semua jawatan. Daripada ambil order, bungkus parcel, sehinggalah pos barang. Buat kerja seorang diri tidak memberi anda peluang kaut untung sendiri, sebaliknya hanya penat badan. Mindset ini perlu diubah.

Bina satu formasi pasukan untuk saling menyokong dan membantu anda di dalam bisnes. Walaupun bisnes anda masih baru dan sedang bertatih tetap bina pasukan dengan ambil 2 hingga 3 orang untuk galas tugas di dalam syarikat.

Buang tugasan hakiki “Chief Everything Officer” anda dan mula latih staf untuk buat kerja. Lama kelamaan mereka juga akan pro. Anda pula dapat fokus kepada perkara yang lebih besar untuk kemajuan syarikat.

#3 Aliran Tunai

Proses kemajuan bisnes juga dilihat daripada cashflow syarikat. Aliran tunai yang baik dan semakin meningkat adalah satu kemajuan yang memberangsangkan. Cashflow yang konsisten menandakan jualan anda juga pada satu tahap yang baik.

Berbeza dengan situasi jualan banyak, stok habis tetapi untung perniagaan masih samar-samar. Disebabkan itulah proses cashflow sangat penting untuk dititikberatkan. Sentiasa rekod aliran tunai anda untuk lihat ke mana ia dibelanjakan. Sentiasa disiplin untuk asingkan duit mengikiut keperluan. Bukan semua keuntungan boleh masuk poket sendiri, dijoli sesuka hati.

Selalulah periksa cashflow bisnes anda. Jangan sampai aliran tunai anda sama sahaja daripada duit modal awal memulakan bisnes sehingga kini masih sama sahaja. Itu tandanya bukan cashflow anda sahaja bermasalah, bisnes anda yang sedang stuck!

#4 Pengekalan Nilai Produk

Membina produk dan jenama sendiri tidaklah sesukar untuk mengekalkan nilainya. Proses mengukuhkan lagi nilai produk dan jenama melibatkan suatu usaha yang konsisten. Tiada siapa mahu bisnesnya hanya bertahan mengikut musim sahaja.

Misalnya jika menjual tudung atas dasar orang suka kerana trend terkini ia hanya bertahan setakat itu sahaja. Disebabkan itu penting untuk kuatkan lagi nilai produk dan jenama bisnes. Sepatutnya makin lama bertapak di dalam bisnes produk dan branding anda semakin kuat.

Untuk menambah dan mengekalkan nilainya lakukan lebih banyak inovasi dan improvasi agar para pelanggan lihat kelainan kepada produk yang anda keluarkan. Misalnya dengan menambah nilai eksklusif dan lebih berharga. Selain daripada itu, tingkatkan kepercayaan pelanggan juga boleh mengekalkan lagi nilai dan jenama produk. Bagaimana caranya? Tawarkan pelanggan dengan apa yang mereka mahu dan sentiasa jujur dengan apa yang anda jual. Mudah, kan?

#5 Penolakan Pelanggan

Rejection daripada pelanggan merupakan suatu lumrah biasa di dalam bisnes. Namun proses penolakan mematangkan lagi anda untuk terus maju dalam bisnes. Apakah cara yang baik untuk berhadapan dengan penolakan daripada pelanggan?

Paling utama ialah kekalkan mindset yang betul. Pelanggan menolak membeli daripada anda bukan disebabkan produk anda tidak bagus tetapi salah anda sendiri yang tidak membuat kajian terhadap pelanggan sebenar.

Apabila adanya rejection daripada pelanggan ia satu proses yang berharga untuk anda pelajari. Jangan cepat menyerah kalah dan berputus asa. Rejection daripada pelanggan menunjukkan ada respon daripada pelanggan tentang produk anda. Produk anda diperlukan, tetapi bukan untuk semua orang. Proses yang menyakitkan ini boleh jadi satu titik tolak kemajuan.

Dan….

Struggle & Penat Lelah

Ini satu proses yang tidak akan pernah habis. Bagi mencapai bisnes yang maju dan berkembang anda sentiasa perlu berusaha keras. Hindarkan untuk rasa selesa walaupun anda sudah capai kejayaan yang dimahukan. Di sebalik kejayaan itu ada kejayaan yang lebih besar menanti. Dalam bebasnya seorang usahawan dari kekangan masa anda sebenarnya lebih banyak rasa susah payah dan penat dalam memastikan kemajuan bisnes. Syabas!

Semua proses yang dinyatakan di atas adalah realiti di dalam kehidupan pemilik bisnes. Semakin perit yang dirasai semakin hampir mereka dengan kejayaan. Cekalkan hati, pasti berjaya!

credit : http://www.majalahniaga.com/5-proses-rumit-perlu-dilalui-pemilik-bisnes-untuk-gapai-kemajuan.html

Please follow and like us:

Hits: 646

You may also like...

(2) Comments

  1. 918kiss login pc

    Here’s a beautiful quote that expresses attractiveness of range.

    Docs or sites . being in keeping with your quality and price
    image. When it comes to attracting customers, you’ll find nothing better than display
    stands. http://Www.Online-Casinos-Place.com/choose-the-best-and-trusted-online-casino-in-malaysia.html

  2. 918kiss login pc

    Here’s a beautiful quote that expresses attractiveness of range.
    Docs or sites . being in keeping with your quality and price image.
    When it comes to attracting customers, you’ll find nothing better than display stands. http://Www.Online-Casinos-Place.com/choose-the-best-and-trusted-online-casino-in-malaysia.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RSS200
Follow by Email500
Facebook35k
Facebook
Google+18k
Google+
https://grandriches.net/2018/12/28/kereta-sewa-sabah-5-proses-rumit-perlu-dilalui-pemilik-bisnes-untuk-gapai-kemajuan">