Home > Blog > Uncategorized > Kereta sewa sabah : 6 Penambahbaikan Dalam Bisnes Yang Boleh Dilakukan Pada Tahun Baru

Kereta sewa sabah : 6 Penambahbaikan Dalam Bisnes Yang Boleh Dilakukan Pada Tahun Baru

Setiap tahun anda perlu menanam azam untuk melakukan penambahbaikan terhadap bisnes yang dilakukan. Anda juga pasti mahu lihat kemajuan dalam bisnes yang dibina. Untuk memastikan adanya perubahan daripada awal memulakan bisnes sehingga ke tahap terkini apa yang perkara yang diperbaharui dan ditambahbaik. J0m ikuti sedikit saranan seperti di bawah :

1) Cara Berfikir

Ubah cara berfikir ke arah yang lebih baik. Perubahan corak pemikiran akan menjadikan anda seorang usahawan yang matang dan tidak terdedah untuk buat perkara yang tidak berbaloi. Cara anda berfikir juga akan menentukan sejauh mana mindset anda berkembang. Cara berfikir wajar diubah dan ditambahbaik untuk memastikan anda sentiasa positif dalam pengurusan bisnes.

Cara usahawan berfikir boleh ditambahbaik dengan meletakkan diri dalam pergaulan dengan kumpulan rakan usahawan yang lain. Di dalam kelompok ini anda boleh saling brtukar idea tentang perkara-perkara yang terkait dengab bisnes anda. Di situ anda boleh kongsikan kejayaan dan kelemahan untuk diperbaiki. Cara berfikir juga harus sentiasa maju ke hadapan dan dahagakan kemajuan.

2) Teknik Dalam Perniagaan

Sebarang strategi dan teknik dalam bisnes anda perlu diubah mengikut relevensi keadaan semasa. Hindari menggunakan teknik yang sama bertahun-tahun lamanya kerana ia akan menyebabkan pelanggan mudah bosan dengan teknik yang anda gunakan. Bagi menarik sasaran pelanggan teknik dalam bisnes seperti pemasaran, pengiklanan atau closing jualan haruslah ditambah baik dari semasa ke semasa.

Gaya strategi yang dijalankan dalam bisnes perlulah efektif. Gunakan teknik yang berbeza-beza dengan tampil lebih kreatif dan fresh untuk memperlihatkan sesuatu yang baharu. Impak dari perubahan ini memberikan kebaikan misalnya perniagaan dan jenama anda akan lebih menonjol daripada pesaing.

3) Pengurusan Kewangan

Mula mendisiplinkan diri untuk merekod transaksi kewangan yang telah dibelanjakan. Dengan rekod ini ia jelas menunjukkan aliran keluar masuk kewangan perniagaan. Jika sebelum ini mungkin anda kabur tentang penggunaan duit syarikat, maka dengan adanya rekod ini anda boleh mengetahui kegunaan duit berkenaan.

Rekod dan pendokumentasian juga perlu dilakukan ke atas semua invois, sebut harga dan yang berkaitan.  Ini memastikan pengurusan kewangan syarikat anda lebih teratur dan sistematik. Rekod ini bukan sahaja baik untuk bukti penggunaan kewangan bahkan dapat dijadikan bahan rujukan pada masa akan datang apabila diperlukan.

4) Pengurusan Sumber Manusia

Ada usahawan yang takut untuk mengambil pekerja kerana melibatkan pelbagai isu misalnya kepercayaan dan keyakinan. Percayalah untuk berkembang maju anda sememangnya memerlukan staf sebagai penguat kepada perniagaan yang anda jalankan. Dengan semangat bisnes baharu anda perlu buang tabiat bekerja seorang diri dan mula gajikan pekerja.

Tambah baik cara anda menguruskan sumber manusia untuk elakkan pelbagai isu dan masalah yang mungkin timbul melibatkan pekerja. Anda boleh belajar cara untuk urus cara ambil staf yang betul dan tepat untuk melaksanakan tugas yang bakal diamanahkan. Di samping itu letakkan KPI untuk menilai prestasi mereka.

5) Pengurusan Stok

Rekod stok keluar masuk untuk mendapatkan data yang sebenar. Dengan adanya rekod ini anda boleh mengetahui angka sebenar kepada setiap stok yang ada. Pengurusan stok yang betul tidak akan menyebabkan stok berlebihan atau berkurangan. Produk yang terlebih akan mendatangkan kerugian manakala ketiadaan produk di tangan akan menyusahkan apabila kelak pelanggan mahu melakukan pembelian. Untuk itu, penting untuk stok berada dalam paras yang diperlukan.

6) Pematuhan Akta dan Undang-Undang

Semua peraturan di dalam perniagaan perlu dipatuhi untuk mengelakkan sebarang masalah yang bakal timbul. Di dalam berniaga akhlak dan keperibadian mulia tetap perlu ditunjukkan. Jangan sesekali melanggar undang-undang yang telah ditetapkan. Antara pematuhan arahan perniagaan yang perlu diikuti ialah melibatkan pekerja, cukai, dan sebagainya.

Di dalam undang-undang anda selaku usahawan atau owner bisnes perlulah mencarumkan KWSP, SOSCO untuk para staf. Ini adalah sebagai jaminan kepada mereka jika sesuatu berlaku kelak. Ia adalah hak pekerja yang perlu majikan tunaikan. Di samping itu, lakukan pembayaran cukai hasil daripada keuntungan perniagaan anda.

Semoga dengan perkongsian artikel ini anda terinspirasi untuk melakukan perubahan terhadap bisnes anda. Perubahan ini akan berlaku dengan tindakan anda sendiri. Jangan selesa pada tahap sama. Bergerak maju, terus berjaya!

credit : http://www.majalahniaga.com/6-penambahbaikan-dalam-bisnes-yang-boleh-dilakukan-pada-tahun-baru.html

Please follow and like us:

Hits: 155

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RSS200
Follow by Email500
Facebook35k
Facebook
Google+18k
Google+
https://grandriches.net/2019/01/01/kereta-sewa-sabah-6-penambahbaikan-dalam-bisnes-yang-boleh-dilakukan-pada-tahun-baru">