Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Rata-rata usahawan yang berjaya menyifatkan antara faktor penting untuk sesuatu bisnes berjaya adalah dengan melantik pekerja yang bagus sesuai dengan keperluan syarikat.  Melantik dan mengekalkan pekerja yang bagus adalah salah satu cabaran bagi setiap majikan.

Adalah satu kerugian jika kita kehilangan pekerja yang bagus dan berbakat dan terpaksa mengulangi proses yang sama berkali-kali dan ini mengurangkan produktiviti dan prestasi semasa dalam bisnes.

Berikut adalah teknik atau tip yang anda boleh gunakan untuk menarik pekerja yang berbakat untuk bekerja dengan anda dan kekal bersama selama yang boleh.

#1-Bergerak Dengan Satu Visi Yang Jelas Dan Difahami

Setiap bisnes atau syarikat harus ada misi dan visi yang tersendiri yang jelas difahami bukan sahaja untuk pelanggan malahan pekerja terlebih dahulu harus memahami matlamat perniagaan anda.

Mereka kena faham apakah skop bisnes anda, apakah manfaat bisnes anda kepada pelanggan dan bagaimana mereka harus menjalin hubungan dengan pelanggan anda dengan bahasa yang sama selari dengan rentak bisnes anda.

Setelah mereka faham misi syarikat barulah mereka dapat sama-sama bekerja untuk memenuhinya sekaligus sama-sama melakar visi syarikat yang hebat dari masa ke semasa.

Misi dan visi syarikat amat penting kerana keduanya adalah seperti magnet yang akan menarik siapa yang akan bekerja dengan anda. Kebanyakkan pekerja bukan bekerja semata-mata gaji. Mereka juga ingin bekerja di satu-satu tempat kerana misi dan visi yang sama seperti apa yang mereka percaya.

Contohnya, jika misi dan visi syarikat anda adalah untuk membantu pelanggan untuk meningkatkan kualiti hidup atau kesihatan melalui insuran, mereka dengan keinginan yang sama akan rasa gembira untuk bekerja dengan anda dan melaksanakan apa yang syarikat mahukan tanpa perlu dipaksa.

#2- Jangan Beri Terlalu Banyak Tugas

Deskripsi kerja juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan mereka berminat untuk memohon bekerja dengan anda. Mungkin jika syarikat terkenal tiada masalah akan untuk merekrut pekerja berbakat kerana sudah pasti ramai yang menginginkannya. Tetapi berbeza dengan syarikat kecil.

Walaupun bergelar graduan, mereka agak memilih pekerjaan. Penulis faham yang syarikat kecil kadang-kadang ada kekangan dalam kewangan, jadi ada sesetengah posisi pekerjaan dalam syarikat digandakan atau ‘multitasking’ contohnya seperti admin c.u.m akauntan dan sebagainya.

Mungkin ini adalah solusi kepada masalah syarikat anda akan berhati-hati sewaktu melakukan penjimatan. Jangan hanya melihat pada kuantiti akan tetapi lihatlah kepada kualiti juga. Jangan beri terlalu banyak tugasan apatah lagi jika tugas-tugas termasuk berlainan bidang.

Berikan juga gaji yang setimpal dengan pekerjaan yang anda berikan kepada mereka. Jangan terlalu berkira dengan orang yang bantu anda cari rezeki. Selain daripada itu, anda boleh:

  • Ringkaskan tugasan mereka
  • Pastikan mereka benar-benar bersetuju untuk melakukan setiap tugasan tersebut semasa temuduga
  • Runding kaedah terbaik yang membantu mereka untuk melaksanakan tugasan dengan efisien yang dipersetujui kedua-dua pihak
  • Maklumkan dengan jelas karakteristik pekerja yang anda mahukan serta perkara-perkara yang anda harapkan daripada mereka.

#3-Lantiklah & Jagalah Pekerja Dengan Berhemah

Mencari pekerja yang berkelayakan dan sesuai untuk membantu syarikat bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan tidak akan berlaku dalam masa yang singkat.

Jika dapat cari pekerja yang didambakan dalam masa yang singkat tetapi gagal untuk mengekalkan mereka dalam syarikat, tiada guna juga. Malahan, jika pekerja asyik bertukar ganti, itu sebenarnya melambangkan ada sesuatu yang tidak kena dengan syarikat anda dan pihak pengurusan.

Selalunya pekerja jarang berhenti kerja walaupun gaji kecil asalkan suasana kerja adalah positif dan bagus kerana mereka bukan sahaja akan sayang dengan kerja mereka malah sayang dengan bos mereka. Sebaliknya akan berlaku jika mereka tidak serasi dengan kerja mereka, malahan majikan juga tidak membantu untuk menyenangkan urusan kerja mereka, jawabnya, selamat tinggal Bos!

Setelah melakukan perbincangan dari masa ke semasa, perbaikilah hubungan dengan pekerja yang sedia ada supaya mereka juga dapat bantu anda untuk merekrut pekerja baharu. Ambil masa yang mencukupi untuk melantik seseorang pekerja.

Boleh juga dapatkan saranan daripada pekerja lama anda yang berkaliber jika mereka kenal mana-mana pekerja yang berpoteni untuk anda ambil. Jika kewangan adalah kekangan anda untuk mengambil tenaga kerja yang mencukupi, anda boleh lantik pekerja sambilan atau ‘freelancer’.

Sentiasa cakna akan kebajikan dan keperluan pekerja supaya mereka juga akan melakukan perkara yang sama kepada syarikat, pelanggan dan anda juga, malah mereka boleh beri lebih daripada itu tanpa disuruh jika anda merupakan majikan yang baik. Semoga berjaya mengambil pekerja yang baik! Jangan lupa jadilah majikan yang baik terlebih dahulu.

Penulis: Nadia Nazri$ker

Written by 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *