• 1. Salinan MyKad bakal penyewa kereta.
  • 2. Salinan Lesen Memandu penyewa yang sah dan belum expired.
  • 3. Salinan Kad Pengenalan Penjamin (contoh: isteri, suami, saudara, adik dll).
  • 4. Salinan bil utiliti yang terkini rumah penyewa (contoh: Astro, TNB, dll).
  • 1. Jumlah keseluruhan kadar sewa termasuk dengan Security Deposit perlu dijelaskan sebelum/ketika mengambil kereta sewa samaada melalui online banking ataupun secara Cash On Delivery (COD).
  • 2. Kadar bayaran Security Deposit bergantung kepada jenis kereta sewa & masa/tempoh penyewaan. Semua wang Security Deposit akan dipulangkan kembali kepada penyewa apabila kereta sewa dipulangkan kepada kami dalam keadaan yang baik dan bebas daripada saman trafik/bandaran.
  • 3. Sekiranya penyewa ingin menempah awal kereta sewa untuk tarikh yang tertentu, penyewa perlu ‘bank-in’ minimum RM50 sebagai booking fee ataupun “tanda jadi”. Jumlah ‘booking fee’ ini adalah bergantung kepada jenis kereta sewa dan tempoh sewa.
  • Untuk meneruskan tempahan kereta sewa, tempoh minimum penyewaan adalah:

     –>·         2 hari pada hari selain cuti umum.

     –>·         Dan minimum tempoh sewaan berbeza pada hari perayaan dan cuti sekolah.

 

  • 4. Sekiranya kereta sewa lambat dihantar, setiap jam yang berikutnya akan dicas minimum RM15/jam (bergantung kepada jenis kereta).Untuk elakkan anda dikenakan cas sewaan pada kadar yang tinggi sila hubungi kami sebelum tamat tempoh penyewaan.
  • Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap saman yang terhasil sepanjang tempoh penyewaan.
  • 1. Dilarang untuk melakukan aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang negara Malaysia. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
  • 2. Dilarang mengubah suai keadaan kenderaan dan mencuri aksesori kereta yang disewa.  Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
  • 3. Dilarang membawa buah/bahan yang berbau kuat seperti durian dan cempedak. Jika ingkar RM30 akan dipotong daripada Security Deposit untuk proses mencuci.
  • 4. Dilarang menyewakan/meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet).
  • 5. Dilarang memandu kereta sewa keluar daripada Semenanjung Malaysia.
  • 6. Sekiranya berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian penyewa di dalam tempoh penyewaan, cas minimum (RM50) atau maksimum (RM2000) akan dikenakan kepada penyewa dan nilai bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan. 
  • 7. Sekiranya berlaku kerosakan teknikal seperti bateri habis atau radiator panas, kami akan menggantikan dengan kereta lain jika ada atau memulangkan wang anda kembali.
×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to admin@grandriches.net

× How can I help you?